Seabad lebih dahulu, aku melihat seorang anak gadis, rambut nya kerinting, perang, dan kulitnya putih dan lembut, datang menghampiri aku, memberi ciuman ke padaku. Aku dapat melihat, petengkaran di antara dua beradik, di hadapanku, di antara dua pintu. Aku dapat merasa keselesaan semasa berada di atas pangkuan anak gadis itu.
Di waktu pagi, tangan ku dipimpin oleh gadis itu, yg memakai uniform sekolah, berkasut putih yang dikapur rapi. Tidak ku lupa solekan tebalnya dan kain songket yang disarung semasa menyertai pertandingan ratu cantik. Aku masih ingat, sarapan pagi kami bersama di warung di jalan ampang sebelum menghantarnya ke sekolah bersama ayah.
Masih ku ingat, makan malam bersamanya di nasi lemak Janda setiap kali menghantarnya ke universiti. Di bawah panas terik, masih lagi di dalam ingatan, jubah, sijil dan topi yang di pakai semasa graduasi di cyberjaya.
Dan pada 07/08/09
Dari sudut yang indah, aku melihat jari manisnya disarung dengan cicin. Selamat Pengantin Baru Kekandaku Nur Diah
Friday, August 14, 2009
Karangan adinda
Flying Kiss by Encik Bibir at 12:30 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 Ciuman:
hahaha..sedih gilerrrrrr...berair dah airmata kt ofis ni..control cun..hahaha..thanx.love u!
kaw kaw punya kerell.. sgt puitis.. sedey dh aku pon......
oh my god, ayat u perghhhh. terharu sial :(
sweet lg skali..baik btol ek dgn kakak..sgt2 terharu bila baca karangan ni..
Post a Comment